Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka ialah:
1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya).
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).
4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, RasulNya dan suaminya.
Menutup seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua belah tangan.
Islam menentukan batas yang harus (boleh) dibuka iaitu muka dan dua tapak tangan, manakala bahagian lainnya pula wajib ditutup.
Tidak memakai pakaian yang ketat.
Antara tujuan menutup aurat untuk mengelak daripada berlakunya fitnah. Sekiranya wanita itu berpakaian ketat hingga jelas kelihatan potongan badan dan bahagian anggota tubuh badannya, maka keadaan ini boleh menimbulkan fitnah yang berakhir dengan pelbagai bentuk jenayah yang dikutuk
Pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki.Abu Hurairah meriwayatkan: "Rasulullah melaknat orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang perempuan yang berpakaian lelaki."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar